Ahad, 26 March 2023 | 7:35am
Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terlepas peluang ke final selepas tewas di tangan gandingan india, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam saingan separuh akhir. Foto Badminton Association of Malaysia - BAM
Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terlepas peluang ke final selepas tewas di tangan gandingan india, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam saingan separuh akhir. Foto Badminton Association of Malaysia - BAM

Hajat beregu negara mara final Terbuka Switzerland tak kesampaian

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terlepas peluang ke final Terbuka Switzerland selepas tewas di tangan gandingan india, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam saingan separuh akhir yang berlangsung selama satu jam sembilan minit di Basel, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di St Jakobshalle, Yew Sin-Ee Yi yang diletakkan sebagai pilihan ketiga tewas 19-21 di set pertama sebelum bangkit memenangi set kedua dengan keputusan 21-17.

Keputusan itu mengheret saingan ke set penentuan sebelum pilihan kedua dari India itu mencatat kemenangan 21-17 untuk melangkah ke final bertemu gandingan China, Ren Xiang Yi-Tan Qiang.

Xiang-Tan Qiang yang berada diranking ke-21 dunia sebelum itu menewaskan gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy di separuh akhir 21-10, 21-17 dalam tempoh 43 minit.

Untuk rekod, ini adalah kekalahan ketiga Yew Sin-Ee Yi ditangan gandingan India berkenaan dalam enam pertemuan antara mereka sebelum ini.

Kali terakhir Rankireddy-Shetty menewaskan Yew Sin-Ee Yi adalah di pentas suku akhir kejohanan sama pada 2021 dan pada ketika itu mereka mencatat kemenangan 12-21, 21-19, 21-12.

Berita Harian X