Khamis, 26 Januari 2023 | 11:29am
Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Msters Indonesia selepas menewaskan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang. - Foto NSTP
Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara ke suku akhir Msters Indonesia selepas menewaskan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang. - Foto NSTP

Chia-Wooi Yik mara ke suku akhir Masters Indonesia

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya membalas dendam ke atas pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang sekali gus mara ke suku akhir Msters Indonesia.

Di final Terbuka India minggu lalu, Aaron-Wooi Yik dikecewakan pasangan dari China itu dan aksi di Stadium Istora Senayan hari ini menyaksikan mereka lebih bermotivasi, menewaskan lawan dengan straight set 22-20, 21-13.

Malah kemenangan itu juga adalah yang pertama buat beregu di ranking kedua dunia, Aaron-Wooi Yik dalam empat pertembungan sebelum ini yang dikuasai Wei Keng-Chang di ranking ketujuh dunia.

Kemaraan Aaron-Wooi Yik itu juga secara tidak langsung menyaksikan mereka mengubat kekecewaan terkandas di suku akhir kepada lawan yang sama pada edisi tahun lalu.

Di final Terbuka India 2023, Aaron-Wooi Yik tewas 21-14, 19-21, 18-21 di tangan Wei Keng-Chang dalam tempoh satu jam tiga minit.

Pada aksi suku akhir esok, Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat emas Kejohanan Dunia 2022 dijadual bertemu pemenang perlawanan antara beregu China, Je Ji Ting-Zhou Hao Dong dan pasangan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Berita Harian X