Jumaat, 20 Januari 2023 | 8:18pm
Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. - Foto NSTP/Aswadi Alias

Aaron-Wooi Yik turut mara separuh akhir Terbuka India

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan tempat ke separuh akhir badminton Terbuka India di New Delhi sebentar tadi, selepas menyingkirkan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Juara dunia itu yang juga pilihan ketiga kejohanan menang dengan keputusan 21-17, 21-11.

Minggu lalu pada saingan Terbuka Malaysia, Aaron-Wooi Yik kecewa selepas terkandas di pusingan kedua apabila tunduk kepada gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 10-21, 21-23.

Ini adalah kemenangan keempat Aaron-Wooi Yik daripada enam pertemuan dengan Yew Sin-Ee Yi.

Pada saingan separuh akhir nanti, mereka bakal berdepan sama ada beregu nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia atau wakil Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel.

Berita Harian X