Khamis, 19 Januari 2023 | 9:24pm
 Beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Lai Shevon Jemie ketika bertemu pemain China Taipie,Kyohei Yanashita dan Naru Shinoya pada saingan Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, minggu lalu. - Foto NSTP/Effendy Rashid

`Kami kahwin selepas layak Olimpik Paris'

NEW DELHI: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan memikirkan mengenai perancangan perkahwinan mereka hanya selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Baru-baru ini, Soon Huat, 32, telah melamar Shevon, 29, sebagai pasangan hidupnya ketika berada di Maldives.

Shevon ketika ditemui di Terbuka India, di New Delhi berkata buat masa ini mereka mahu memberi tumpuan untuk mengumpul mata kelayakan ke temasya di Paris itu.

"Kami mahu layak ke Sukan Olimpik dulu, kemudian baru merancang mengenainya (perkahwinan)," kata Shevon kepada Bernama.

Gandingan profesional negara yang menghuni ranking ketujuh dunia itu bagaimanapun tersingkir awal selepas tewas kepada wakil China Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 21-11, 21-7 pada pusingan pertama.

Soon Huat-Shevon yang digandingkan sejak 2016, mendedahkan mengenai hubungan mereka pada 2021.

- BERNAMA

Berita Harian X