Ahad, 11 Disember 2022 | 9:43pm
Pemain Denmark, Viktor Axelsen (kanan) meraikan kemenangan ke atas pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dalam aksi Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok. - Foto AFP
Pemain Denmark, Viktor Axelsen (kanan) meraikan kemenangan ke atas pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting dalam aksi Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok. - Foto AFP
Beregu campuran China, Huang Yaqiong (kiri) dan Zheng Siwei muncul juara selepas menewaskan beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai dalam aksi Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok. - Foto AFP

Beregu wanita China, Chen Qingchen (kiri) dan Jia Yifan muncul juara selepas menewaskan pasangan Thailand, Benya Aimsaard dan Nuntakarn Aimsaard dalam aksi Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok. - Foto AFP

Pemain Jepun, Akane Yamaguchi menjuara acara perseorangan wanita selepas menewaskan Tai Tzu-ying dari Taiwan dalam aksi Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok. - Foto AFP
Pemain Jepun, Akane Yamaguchi menjuara acara perseorangan wanita selepas menewaskan Tai Tzu-ying dari Taiwan dalam aksi Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok. - Foto AFP
Beregu lelaki China, Ou Xuanyi (kiri) dan Liu Yuchen muncul juara selepas menewaskan beregu Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan dalam aksi Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok. - Foto AFP
Beregu lelaki China, Ou Xuanyi (kiri) dan Liu Yuchen muncul juara selepas menewaskan beregu Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan dalam aksi Final Jelajah Dunia BWF di Bangkok. - Foto AFP

Axelsen, Yamaguchi dan beregu China ungguli Final Jelajah Dunia

BANGKOK: Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen kembali menemui rentaknya apabila meraih gelaran kelapan bagi musim 2022, menewaskan bintang Indonesia, Anthony Ginting di Final Jelajah Dunia di sini, hari ini.

Juara bertahan dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi pula menewaskan pemain Taiwan, Tai Tzu Ying untuk untuk meraih gelaran bagi perseorangan wanita.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menukar lokasi kejohanan bernilai AS$1.5 juta (RM6.61 juta) ke ibu kota Thailand di Arena Nimibutr selepas tuan rumah asal China, menarik diri susulan sekatan COVID-19.

Axelsen yang juga juara bertahan, tampil bertenaga dan tenang bagi menguasai permainan dengan menewaskan lawannya 21-13 pada set pertama sebelum melakar kemenangan straight set 21-14.

"Saya berasa begitu baik. Satu pengakhirnya yang tidak pernah saya jangkakan (tahun ini)," kata Axelsen selepas perlawanan dan meraikan kemenangannya dengan menari di gelanggang selain mengucapkan terima kasih kepada isteri dan dua anak perempuannya.

Dalam pada itu, Ginting berkata, dia akan memberikan tumpuan kepada musim 2023 dan berharap dapat membina keyakinan tinggi bagi tahun depan.

"Saya tidak boleh meraih mata mudah daripadanya," kata Ginting.

Dalam acara final wanita, Yamaguchi berdepan cabaran getir sebelum sebelum melakar kemenangan 21-18, 22-20.

"Lawan saya mempunyai skil dan agak kuat, pada set kedua saya cuba melakukan yang terbaik - menggunakan kesemua skli dan kekuatan," kata Yamaguchi.

Tzu Ying dalam pada itu, memuji corak permainan Yamaguchi terutama di depan jaring dan berkata, dia kurang daripada sudut pertahanan.

"Kelajuan dimilikinya lebih baik daripada saya dan itu menyebabkan dia mempunyai kelebihan dalam serangan," kata Tzu Ying.

Acara beregu lelaki dimenangi Liu Yuchen-Ou Xuanyi dari China yang menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-17, 19-21, 21-12.

Beregu wanita pula dimenangi Chen Qing Chen-Jia Yifan (China) selepas menewaskan gandingan adik-beradik dari Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 21-13, 21-14.

Dalam acara beregu campuran, ia turut dimenangi gandingan China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong selepas menundukkan pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-19, 18-21, 21-13. - AFP

Berita Harian X