Sabtu, 10 Disember 2022 | 5:47pm
Beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terkandas di separuh akhir apabila tewas kepada wakil Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan. - Foto AP
Beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terkandas di separuh akhir apabila tewas kepada wakil Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan. - Foto AP

Yew Sin-Ee Yi terkandas di separuh akhir

KUALA LUMPUR: Perjuangan beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dalam saingan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022 terkandas di separuh akhir.

Gandingan pilihan ketiga itu tewas kepada pasangan berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam pertarungan selama 54 minit yang berlangsung di Bangkok, hari ini.

Yew Sin-Ee Yi bermula baik apabila memenangi set pertama 21-17, namun akur dengan kebangkitan Ahsan-Hendra yang memenangi set kedua 21-13.

Perlawanan sengit ditampilkan kedua-dua pasangan itu pada set ketiga sebelum Yew Sin-Ee Yi terpaksa melepaskan tiket ke final kepada wakil Indonesia itu apabila tewas 19-21 di set ketiga.

Ia adalah kekalahan keempat Yew Sin-Ee Yi dalam lima pertembungan dengan Ahsan-Hendra yang menjadikan rekod pertemuan dua pasangan itu 1-4.

Kali terakhir mereka bertemu adalah di Terbuka India, Januari lalu apabila kemenangan berpihak kepada naib juara dunia 2022 itu.

Yew Sin-Ee Yi mara ke separuh akhir selepas mengungguli Kumpulan A hasil dua kemenangan dan tewas sekali.

Mereka mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan pilihan utama yang juga beregu dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada aksi terakhir kumpulan, semalam.

Keputusan

Berita Harian X