Isnin, 28 November 2022 | 5:08pm
Datuk Lee Chong Wei (kanan) bersama isterinya, Datin Wong Mew Choo serta anak ketiga mereka, Anson yang dilahirkan di sebuah hospital hari ini. - Foto ihsan FB Lee Chong Wei.
Datuk Lee Chong Wei (kanan) bersama isterinya, Datin Wong Mew Choo serta anak ketiga mereka, Anson yang dilahirkan di sebuah hospital hari ini. - Foto ihsan FB Lee Chong Wei.

Chong Wei dapat anak ketiga

KUALA LUMPUR: Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri, Datin Wong Mew Choo, hari ini.

Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira berkenaan bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.

Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.

"Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan)," menurut Chong Wei dalam perkongsian itu.

Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.

Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.

Biarpun sudah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara.

- BERNAMA

Berita Harian X