Selasa, 9 Ogos 2022 | 6:06am
Beregu skuasy wanita negara, Aifa Azman (kanan) dan Rachel Arnold meraikan kejayaan memenangi gangsa pada temasya Sukan Komanwel 2022 di University of Birmingham, hari ini. - Foto AFP
Beregu skuasy wanita negara, Aifa Azman (kanan) dan Rachel Arnold meraikan kejayaan memenangi gangsa pada temasya Sukan Komanwel 2022 di University of Birmingham, hari ini. - Foto AFP

Aifa-Rachel raih gangsa beregu skuasy

BIRMINGHAM: Aifa Azman-Rachel Arnold memenangi pingat gangsa acara beregu wanita selepas menewaskan rakan senegara, Noor Ainaa Amani Ampandi-Chan Yiwen pada aksi penentuan pingat berkenaan di temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, hari ini.

Pada aksi di Pusat Skuasy dan Hoki University of Birmingham, gandingan berkenaan menang dengan keputusan 11-3, 11-9.

Kedua-dua beregu negara ini terlepas peluang meraih sekurang-kurangnya pingat perak apabila tersingkir di peringkat separuh akhir semalam.

Beregu skuasy wanita negara, Aifa Azman dan Rachel Arnold berjaya memenangi gangsa pada temasya Sukan Komanwel 2022 di University of Birmingham, hari ini. - Foto AFP
Beregu skuasy wanita negara, Aifa Azman dan Rachel Arnold berjaya memenangi gangsa pada temasya Sukan Komanwel 2022 di University of Birmingham, hari ini. - Foto AFP

Pingat emas ini acara ini dimenangi wakil New Zealand, Joelle King-Amanda Landers-Murphy yang mengatasi beregu England, Sarah-Jane Perry dan Alison Waters, 2-0 (11-8, 11-8).

Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Ng Eain Yow-Ivan Yuen terlepas pingat gangsa acara mereka selepas tunduk kepada gandingan dari Scotland Greg Lobban-Rory Stewart 0-2 (10-11, 6-11) pada aksi penentuan tempat ketiga.

Aksi pemain squash wanita negara, Aifa Azman dan Rachel Arnold menentang pemain dari England Perry Sarah dan Waters Alisson pada perlawanan separuh akhir regu wanita sempena Sukan Komanwel 2022 Birmingham di Pusat Squash Universiti Birmingham. - Foto Bernama

Pingat emas acara ini milik wakil tuan rumah, England, James Willstrop-Declan James selepas menewaskan rakan senegara, Adrian Waller-Daryl Selby, 2-1 (11-3, 7-11, 11-9).

Berita Harian X