Isnin, 8 Ogos 2022 | 7:05pm
Aksi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong ketika bertemu pemain India, Lakshya Sen pada aksi final Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham. - AFP
Aksi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong ketika bertemu pemain India, Lakshya Sen pada aksi final Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham. - AFP

Impian Tze Yong sumbang emas tak kesampaian

BIRMINGHAM: Impian jaguh badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong untuk ditabalkan sebagai juara Sukan Komanwel 2022 tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain India, Lakshya Sen dalam aksi final di sini, sebentar tadi.

Tze Yong yang juga juara berpasukan Asia tunduk 21-19, 9-21, 16-21 kepada naib juara Seluruh England itu dalam aksi sengit selama 81 minit di National Exhibition Center (NEC).

Aksi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong ketika bertemu pemain India, Lakshya Sen pada aksi final Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham. - REUTERS
Aksi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong ketika bertemu pemain India, Lakshya Sen pada aksi final Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham. - REUTERS

Aksi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong ketika bertemu pemain India, Lakshya Sen pada aksi final Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham. - Foto NSTP/Aswadi Alias
Aksi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong ketika bertemu pemain India, Lakshya Sen pada aksi final Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham. - Foto NSTP/Aswadi Alias

Kekalahan itu juga sekali gus meranapkan harapan kontinjen negara untuk menambah kutipan pingat emas kepada tujuh menjelang majlis penutup temasya pada malam ini.

Gelaran juara perseorangan lelaki Sukan Komanwel sebelum ini milik Malaysia menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2018 di Gold Coast selain New Delhi 2010.

Ini adalah pingat kedua dimenangi Tze Yong pada temasya ini selepas berjaya meraih emas acara berpasukan campuran minggu lalu.

Skuad badminton sebelum ini antara yang disasarkan memenangi satu pingat emas pada Sukan Komanwel 2022.

Mereka sebelum ini mendapat emas menerusi skuad berpasukan campuran.

Dalam perjalanan bergelar naib juara ini, Tze Yong menundukkan wakil Pakistan, Muhammad Irfan Saeed Bhatti pada pusingan pertama 2-0 (21-10, 21-10) ,diikuti Rasheed Ajfan dari Maldives, 2-0 (21-7, 21-9) peringkat 16 terbaik.

Pada peringkat suku akhir pula, dia menjinakkan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew dalam aksi sengit, 21-15,14- 21,11 -21.

Dia kemudian mengatasi pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2018, Srikanth Kidambi dari India, 13-21, 21-19, 21-10 pada aksi separuh akhir.

Lakshya Sen pula mengatasi pemain Singapura, Teh Jia Heng 10-21, 21-18, 16-21 pada aksi separuh akhir.

Pingat gangsa menjadi milik Kidambi yang menewaskan Teh Jia Heng 2-0 (21-15,21-18).

Berita Harian X