Ahad, 7 Ogos 2022 | 11:22pm
Pemain beregu wanita, Pearly Tan- M Thinaah ketika beraksi menentang wakil India, Jolly Treesa-Pullela Gayatri Gopichand pada aksi badminton separuh akhir Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham hari ini. - Foto BERNAMA.

Pearly-Thinaah makin hampir raih pingat emas

BIRMINGHAM: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah memberi sinar meraih emas kepada kontinjen Malaysia selepas mara ke final Sukan Komanwel 2022 di sini, esok.

Pada aksi separuh di National Exhibition Center (NEC) di sini, hari ini mereka berjaya menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gaytri Gopichand Pullela, 21-13, 21-16.

Dalam aksi final dijadual jam 10.40 pagi esok, Pearly-Thinaah akan membuat perhitungan dengan wakil England, Chloe Birch- Lauren Smith selepas lawannya itu menundukkan beregu Australia, Hsuan-Yu Wendy Chen-Gronya Somerville dalam satu lagi separuh akhir.

Berita Harian X