Ahad, 7 Ogos 2022 | 10:25pm
Aksi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong ketika menentang Srikanth Kidambi pada saingan separuh akhir badminton Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham, hari ini. - Foto BERNAMA.
Aksi pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong ketika menentang Srikanth Kidambi pada saingan separuh akhir badminton Sukan Komanwel 2022 di NEC, Birmingham, hari ini. - Foto BERNAMA.

Tze Yong berpeluang raih emas esok

BIRMINGHAM: Jaguh badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong akan membuat perhitungan dengan bintang India, Lakshya Sen bagi perebutan pingat emas Sukan Komanwel 2022 di sini, esok.

Kejayaan Tze Yong itu sekali gus memberi harapan kepada kontinjen negara untuk menambah kilauan emas yang setakat ini sudah berjumlah enam dan memenuhi sasaran ditetapkan.

BINTANG India, Lakshya Sen.
BINTANG India, Lakshya Sen.

Pada aksi separuh akhir di National Exhibition Center (NEC) di sini, hari ini Tze Yong menundukkan pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2018, Srikanth Kidambi dari India, 13-21, 21-19, 21-10.

Lakshya Sen pula mengatasi pemain Singapura, Teh Jia Heng 10-21, 21-18, 16-21 dalam satu aksi separuh akhir.

Mereka dijadual berentap jam 9.40 pagi waktu tempatan (4.40 petang waktu Malaysia).

Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal ke final selepas tunduk kepada wakil Singapura, Hee Yong Kai Terry-Jessica Wei Han Tan 25-23, 21-19.

Berita Harian X