Ahad, 7 Ogos 2022 | 9:44pm
Aksi beregu skuasy negara, Aifa Azman (dua kanan) dan Rachel Arnold (tiga kanan) ketika bertemu beregu England, Sarah-Jane Perry and Alison Waters pada aksi separuh akhir pada temasya Sukan Komanwel 2022 di University of Birmingham, hari ini. - Foto REUTERS

Hajat dua beregu skuasy ke final tak kesampaian

BIRMINGHAM: Hajat dua beregu wanita skuasy negara mara ke final temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, hari ini sekali gus kekal dilandasan memburu kilauan emas tidak kesampaian.

Dalam saingan di University of Birmingham di sini, sebentar tadi, gandingan Aifa Azman-Rachel Arnold dan Noor Ainaa Amani Ampand- Chan Yiwen yang diharap mencipta kejutan gagal menyinar.

Aifa-Rachel tunduk kepada beregu England, Sarah-Jane Perry-Allison Waters 11-8, 6-11 dan 9-11 manakala Noor Ainaa -Yiwen akur kepada wakil New Zealand, Joelle King-Amanda Landers Murphy, 9-11-7-11.

Susulan kekalahan itu, dua gandingan berkenaan akan membuat perhitungan bagi perebutan pingat gangsa esok sekali gus mengesahkan satu lagi pingat buat negara.

Berita Harian X