Isnin, 11 Julai 2022 | 7:11am
Pemain Serbia, Novak Djokovic mengucup trofi dimenanginya selepas menewaskan pemain Australia, Nick Kyrgios pada aksi final Wimbledon di All England Tennis Club di Wimbledon, London. - AFP
Pemain Serbia, Novak Djokovic mengucup trofi dimenanginya selepas menewaskan pemain Australia, Nick Kyrgios pada aksi final Wimbledon di All England Tennis Club di Wimbledon, London. - AFP

Djokovic menang gelaran ketujuh Wimbledon

LONDON: Novak Djokovic meraih gelaran ketujuh Wimbledon dan mahkota ke-21 Grand Slam hari ini selepas mencatat kemenangan empat set mengatasi Nick Kyrgios.

Pilihan utama itu menang 4-6, 6-3, 6-4, 7-6 (7/3) untuk menyamai catatan tujuh gelaran milik Pete Sampras di All England Club dan hanya satu kurang daripada rekod lapan gelaran dipegang Roger Federer.

Pemain Serbia berusia 35 tahun itu kini satu gelaran di depan Federer dan satu kurang berbanding Rafael Nadal yang memegang rekod 22 major.

"Saya hilang kata-kata untuk menceritakan apa makna kejohanan dan trofi ini buat saya," kata Djokovic. "Ia akan sentiasa menjadi antara paling istimewa dalam hati saya."

Djokovic juga memuji Kyrgios selepas hubungan kurang baik mereka berakhir di Wimbledon.

Juara Grand Slam Wimbledon, Novak Djokovic (kiri) bersama naib juara, Nick Kyrgios bersama trofi masing-masing. - Foto REUTERS
Juara Grand Slam Wimbledon, Novak Djokovic (kiri) bersama naib juara, Nick Kyrgios bersama trofi masing-masing. - Foto REUTERS

"Ia secara rasmi agak rapat," katanya.

"Ia mencabar untuk memberikan kata-kata semangat seperti ini tetapi anda menunjukkan kenapa anda antara yang terbaik di dunia."

Djokovic ialah pemain keempat dalam era Terbuka menang empat gelaran Wimbledon berturut-turut sejak Bjorn Borg, Sampras dan Federer.

Kyrgios pula berkata pemain Serb itu "ada sedikit persamaan dengan dewa."

"Yang pertama sekali, tahniah buat Novak dan pasukannya, anda menang kejohanan ini banyak kali hingga saya tidak tahu berapa kali."

Aksi Novak Djokovic ketika menentang Nick Kyrgios pada final Grand Slam Wimbledon. - Foto EPA
Aksi Novak Djokovic ketika menentang Nick Kyrgios pada final Grand Slam Wimbledon. - Foto EPA

Pemain pilihan ke-40 itu berkata dia "keletihan."

"Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan mungkin satu hari nanti saya akan kembali berada di sini tetapi saya tidak tahu mengenainya." - AFP

Berita Harian X