Jumaat, 20 Mei 2022 | 9:14pm
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas mengatasi pilihan keempat dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 24-22, 21-12. - Foto ihsan FB FAM.
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas mengatasi pilihan keempat dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 24-22, 21-12. - Foto ihsan FB FAM.

Dua beregu negara ke separuh akhir Terbuka Thailand

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir badminton Terbuka Thailand selepas menewaskan pilihan kedua dari Taiwan, Wang Chi Lin-Lee Yang 21-17 21-10 di Bangkok, sebentar tadi.

Mereka akan berdepan gandingan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rio Ardianto di separuh akhir esok.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas mengatasi pilihan keempat dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 24-22, 21-12.

Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai pula terkandas di suku akhir selepas tewas kepada gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 18-21, 17-21.

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula tunduk di tangan pilihan ketiga dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi apabila tewas 21-23, 15-21.

Terdahulu, dua pemain profesional perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Liew Daren akan berentap sesama sendiri di separuh akhir, esok selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir, hari ini.

Daren menewaskan wakil China, Zhao Jun Peng 21-10 19-21 21-19 pada perlawanan yang berlangsung selama 59 minit, manakala Zii Jia pula mengatasi pemain Indonesia, Shesar Rhustavito 21-10, 14-21, 21-16.

Berita Harian X