KUALA LUMPUR: Malaysia masih mendahului Jepun 2-1 selepas perlawanan ketiga saingan
Piala Thomas bagi Kumpulan D di Bangkok, sebentar tadi.
Pemain perseorangan negara, Liew Daren tewas kepada Kanta Tsuneyama 21-16, 22-20 dalam masa sejam.
Terdahulu, pemain perseorangan, Lee Zii Jia meraih mata pertama buat skuad negara selepas menewaskan Kento Momota 21-17, 21-8 dalam tempoh 46 minit.
Ia disusuli mata kedua menerusi beregeu Goh Sze Fei - Nur Izzuddin Rumsani selepas mengatasi gandingan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-19, 21-16 dalam tempoh 46 minit.
Perlawanan keempat antara beregu negara, Aaron Chia-Teo Ee Yi menentang Akira Koga-Yuta Watanabe sedang berlangsung.