Rabu, 13 April 2022 | 11:23am
Barisan artis dan atlet Malaysia di Program Perlawanan Badminton Amal Atlet Malaysia dan Artis Malaysia Untuk Surau Al-Abidin di Gelanggang Badminton Sri Kenangan, Kompleks Perumahan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Zii Jia 'kunci' kemenangan skuad Piala Thomas

PETALING JAYA: Pemain profesional, Lee Zii Jia memegang 'kunci' utama buat skuad badminton negara yang akan beraksi dalam saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand, bulan depan.

Bekas pemain kebangsaan, Muhammad Hafiz Hashim, berkata mata pertama daripada pemain perseorangan lelaki nombor tujuh dunia itu sangat penting buat pasukan yang diyakini mampu menyuntik semangat rakan sepasukan bagi mencapai kemenangan.

Katanya, dia percaya Zii Jia sedar dengan tanggungjawab yang digalasnya dan akan melakukan yang terbaik bagi memberi mata pertama kepada pasukan.

"Saya percaya Zii Jia adalah pemain yang boleh kita harapkan. Bagi saya dia menunjukkan permainan yang konsisten.

Barisan artis dan atlet Malaysia di Program Perlawanan Badminton Amal Atlet Malaysia dan Artis Malaysia Untuk Surau Al-Abidin di Gelanggang Badminton Sri Kenangan, Kompleks Perumahan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Barisan artis dan atlet Malaysia di Program Perlawanan Badminton Amal Atlet Malaysia dan Artis Malaysia Untuk Surau Al-Abidin di Gelanggang Badminton Sri Kenangan, Kompleks Perumahan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

"Walaupun masih tidak dapat meraih sebarang gelaran selepas menjuarai Seluruh England tahun lalu namun saya lihat permainannya konsisten apabila dengan pencapaiannya mara ke separuh akhir dan final dalam kejohanan disertainya.

"Saya percaya, Zii Jia mampu menggalas tugas selaku perseorangan pertama sekali gus memberikan suntikan semangat kepada pasukan," kata Hafiz ketika ditemui pada perlawanan amal badminton anjuran Surau Al-Abidin Perumahan Kastam WPKL antara bekas pemain kebangsaan dengan artis tanah air, malam tadi.

Di Bangkok, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, England dan New Zealand.

Hafiz yang membantu Malaysia muncul naib juara Piala Thomas 2002 di Guangzhou, China, berkata biarpun Jepun dilihat sebagai pilihan untuk menjuarai saingan peringkat kumpulan namun peluang skuad negara untuk mencipta kejutan tetap ada.

"Sudah pasti Jepun adalah cabaran terbesar buat pasukan kita dalam peringkat kumpulan, mereka memiliki pasukan yang seimbang dalam perseorangan dan beregu.

Barisan artis dan atlet Malaysia di Program Perlawanan Badminton Amal Atlet Malaysia dan Artis Malaysia Untuk Surau Al-Abidin di Gelanggang Badminton Sri Kenangan, Kompleks Perumahan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Barisan artis dan atlet Malaysia di Program Perlawanan Badminton Amal Atlet Malaysia dan Artis Malaysia Untuk Surau Al-Abidin di Gelanggang Badminton Sri Kenangan, Kompleks Perumahan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

"Namun, berdasarkan prestasi semasa pemain negara yang agak konsisten ketika ini, saya fikir bukan sesuatu yang mustahil untuk kita menang ke atas Jepun dan seterusnya menjuarai saingan peringkat kumpulan," kata juara Seluruh England 2003 itu.

Kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi final.

Sementara itu, perlawanan amal yang berlangsung, malam tadi bertujuan bagi mengumpul dana untuk kegunaan Surau Al-Abidin yang ditaja oleh syarikat pembekal alat pernafasan, House of Oxygen (HOO).

Ketua Pegawai Eksekutif HOO, Azri Hamzah, berkata ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya di samping mengambil keberkatan bulan Ramadan.

"Sebenarnya memang setiap tahun HOO terbabit dengan program seumpama ini. Kami memang sentiasa memberikan sokongan terhadap program seperti ini menerusi CSR kami," kata Azri yang turut memberitahu syarikat berkenaan turut memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Surau Al-Abidin.

Selain Hafiz, antara bekas pemain kebangsaan yang turut terbabit dalam perlawanan amal itu ialah Roslin Hashim, Mohd Ariff Latif, Mohd Zakry Latif, Razif Latif dan Sairul Amar Ayob manakala antara artis yang hadir Shah Slam, Nomad serta pelakon, Datuk Fizz Fairuz.

Individu atau mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada Surau Al-Abidin boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 562357531617.

Berita Harian X