Sabtu, 19 March 2022 | 11:39pm
Aksi Lee Zii Jia ketika menentang pemain India, Lakshya Sen pada aksi separuh akhir Seluruh England di Utilita Arena, Birmingham, tengah England, sebentar tadi. Zii Jia tewas 13-21, 21-12, 19-21. - Foto AFP.

Zii Jia terkandas di separuh akhir Seluruh England

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjadi mangsa terbaru bintang meningkat dari India, Lakshya Sen apabila dia tewas dalam aksi separuh akhir Seluruh England, sebentar tadi.

Pemain nombor tujuh dunia itu terpaksa akur apabila tewas 13-21, 21-12, 19-21 dalam aksi yang berlangsung selama 76 minit di Utilita Arena Birmingham.

Kekalahan menyaksikan Zii Jia yang kini bergerak secara profesional gagal untuk mempertahankan gelaran juara yang dimenanginya tahun lalu.

Pemain India, Lakshya Sen membalas pukulan Lee Zii Jia. - Foto AFP
Pemain India, Lakshya Sen membalas pukulan Lee Zii Jia. - Foto AFP

Kemenangan Lakshya Sen yang digelar 'pembunuh gergasi' bukanlah sesuatu yang mengejutkan selepas dia mempamerkan pretasi luar biasa sejak kebelakangan ini dengan menumbangkan beberapa pemain utama dunia pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark, Anders Antonsen (Denmark) dan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew.

Pemain India itu akan bertemu pemenang perlawanan antara Axelsen dengan Chou Tien Chen dari Taiwan pada aksi final, malam esok.

Berita Harian X