Khamis, 10 March 2022 | 10:12am
Novak Djokovic menarik diri daripada menyertai kejohanan ATP Masters di Indian Wells dan Miami bulan ini. - Foto REUTERS
Novak Djokovic menarik diri daripada menyertai kejohanan ATP Masters di Indian Wells dan Miami bulan ini. - Foto REUTERS

Djokovic sah tarik diri kejohanan AS

LOS ANGELES: Novak Djokovic menarik diri daripada menyertai kejohanan ATP Masters di Indian Wells dan Miami bulan ini susulan peraturan ketat berkaitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS).

Djokovic, yang tidak divaksin, berkata peraturan yang memerlukan orang luar divaksin terlebih dulu sebelum memasuki Amerika Syarikat memaksanya untuk menarik diri.

"Saya tahu memang sukar untuk saya ke sana. CDC (Pusat Kawalan Penyakit) mengesahkan peraturan itu tidak akan diubah jadi saya tidak dapat bermain di Amerika Syarikat. Selamat maju jaya kepada mereka yang bermain di kejohanan hebat ini," kata Djokovic.

Penyertaan Djokovic di dua kejohanan berprestij Amerika itu menjadi tanda tanya berdasarkan peraturan ketat mereka, tetapi nama Djokovic tersenarai dalam undian di Indian Wells.

Juara Grand Slam 20 kali berusia 34 tahun itu adalah juara lima kali di Indian Wells.

Januari lalu, dia dilarang memasuki Australia untuk mempertahankan gelarannya di Terbuka Australia - kejohanan yang dimenanginya sembilan kali untuk mendahului senarai juara sepanjang zaman.

Tempatnya dalam undian utama di Indian Wells akan digantikan Grigor Dimitrov, dan tempat pemain Bulgaria itu akan diisi pemain yang tewas dalam pusingan kelayakan. - AFP

Berita Harian X