Rabu, 15 Disember 2021 | 9:49pm
Aksi Zii Jia ketika menentang Coelho pada pusingan kedua Kejohanan Dunia di Sepanyol.
Aksi Zii Jia ketika menentang Coelho pada pusingan kedua Kejohanan Dunia di Sepanyol.

Zii Jia cemas sebelum menang

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia cemas apabila diheret beraksi di set penentuan sebelum mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol, sebentar tadi.

Juara All-England yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa beraksi hampir sejam sebelum berjaya menundukkan pemain Brazil, Ygor Coelho 21-14, 22-24, 21-14.

Ini adalah pertemuan kedua antara kedua-dua pemain itu dengan Zii Jia yang menduduki ranking ketujuh dunia pernah menumpaskan pemain ranking ke-50 itu di pusingan pertama kejohanan sama pada 2019.

Di pusingan ketiga, Zii Jia akan bertemu pemenang perlawanan antara Hans Kristian Vittinghus dari Denmark dan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama.

Turut mara ke pusingan ketiga ialah beregu profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Mereka yang menjadikan kejohanan ini sebagai pentas terakhir sebelum berpisah menewaskan pasangan Jepun, Hiroki Akamura-Masayuki Odera 21-15, 22-24, 21-16.

Sementara itu, pemain perseorangan profesional, Liew Daren gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada pemain India, Prannoy Haseena Sunil 7-21, 17-21.

Berita Harian X