Sabtu, 27 November 2021 | 7:46pm
 Presiden Persatuan Skuasy Negeri Sembilan (PSNS) Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz (kanan) bergambar bersama pemenang Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia Aifa Azman di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. Turut hadir Presiden Persatuan Skuasy Malaysia Gerard Monteiro. --fotoBERNAMA

Aifa cipta magis juarai Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Kisah dongeng pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman di Terbuka Malaysia 2021 menjadi realiti apabila berjaya menundukkan pilihan utama dari Mesir, Salma Hany di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemain berusia 19 tahun yang layak beraksi dalam kejohanan bernilai RM209,000 itu atas tiket wild card menewaskan Salma yang juga pemain ranking kelapan dunia 12-10, 11-8, 11-4 dalam tempoh 30 minit di pentas final.

"Saya sangat gembira kerana ini adalah gelaran terbesar yang pernah saya raih," kata pemain dari Kedah itu.

"Saya gembira dengan prestasi pada minggu ini, ia sungguh hebat dan saya fikir, Salma juga bermain dengan baik sekali."

Mengulas lanjut mengenai aksi final itu, Aifa yang hanya menduduki ranking ke-69 dunia berkata, dia amat bersyukur dengan pengalaman yang diraihnya sekali gus dapat membantu dalam meningkatkan lagi mutu permainannya.

"Amat berbeza bermain dengan pemain di ranking lebih tinggi. Ia berbeza dengan bermain ketika saya di kejohanan remaja. Saya gembira dengan pengalaman ini," katanya yang selepas ini dijadual menyertai kejohanan Berpasukan Asia 2021, minggu depan. "Sudah tentu selepas menang gelaran ini, saya akan bersedia dengan pasukan untuk beraksi dengan lebih baik di Kejohanan Berpasukan Asia. Doakan yang terbaik buat kami," katanya.

Aifa ketika beraksi menentang pemain Mesir, Salma Hany pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Aifa ketika beraksi menentang pemain Mesir, Salma Hany pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA

Gambar fail - Pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman. - Foto BERNAMA
Gambar fail - Pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman. - Foto BERNAMA

Dalam perlawanan final itu, Aifa bermula agak perlahan pada set pertama selepas melakukan beberapa kesilapan mudah sehingga ketinggalan 4-9, namun berjaya bangkit dan menyamakan kedudukan 9-9.

Salma yang tersentak dengan kebangkitan dilakukan Aifa cuba memperkemaskan permainan, bagaimanapun tindakan itu tampak tidak menjadi sebelum akur dengan kekalahan 10-12.

Bersambung set kedua, permainan dilihat lebih seimbang apabila Salma tampil lebih agresif tetapi Aifa nyata lebih bersedia apabila terus menampilkan aksi cemerlang dan mencatat kemenangan 11-8.

Pada set ketiga, pemain berusia 19 tahun itu menguasai sepenuhnya permainan dan jauh meninggalkan Salma 10-2 sebelum dia memastikan kejuaraan menjadi miliknya apabila menang 11-4.

Aifa ketika beraksi menentang pemain Mesir, Salma Hany pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Aifa ketika beraksi menentang pemain Mesir, Salma Hany pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X