Sabtu, 27 November 2021 | 5:29pm
Pei Jing (kiri) bersama Kian Meng ketika menentang Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada aksi suku akhir Terbuka Indonesia, semalam.
Pei Jing (kiri) bersama Kian Meng ketika menentang Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada aksi suku akhir Terbuka Indonesia, semalam.

Pei Jing tekad lupakan kekecewaan

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran profesional negara, Lai Pei Jing mahu melupakan segera kekecewaan di Terbuka Indonesia bagi memberi tumpuan kepada Jelajah Dunia Akhir BWF di Bali, Indonesia bermula Rabu ini.

Dia yang bergandingan bersama Tan Kian Meng gagal menempah slot ke separuh akhir Terbuka Indonesia apabila tewas di tangan pilihan utama Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 10-21, 11-21, semalam.

"Berjaya melayakkan diri untuk saingan terakhir tahun ini. Kami harus mempersiapkan diri untuk bersedia bagi Jelajah Dunia Akhir minggu depan," kata Pei Jing.

Pei Jing, 29, berkata, mereka sudah berusaha gigih untuk berada di kejohanan akhir musim itu dan ini adalah penampilan kedua selepas 2017.

"Selepas terlepas peluang sebelum ini, saya berkata kepada diri sendiri supaya tidak melakukan kesilapan sama dan saya gembira berjaya meraihnya," kata Pei Jing dalam akaun Facebook miliknya.

Turut berada di kejohanan berkenaan adalah beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, manakala saingan perseorangan lelaki digalas Lee Zii Jia. Pasangan profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga menggalas misi di kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1.5 juta (RM6.23 juta) itu.

Berita Harian X