Ahad, 21 November 2021 | 9:49pm
Pemain skuasy lelaki negara, Addeen Idrakie dalam satu aksi sebelum ini. - Foto NTSP/Osman Adnan.
Pemain skuasy lelaki negara, Addeen Idrakie dalam satu aksi sebelum ini. - Foto NTSP/Osman Adnan.

Addeen optimis lakar kejutan skuad Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy lelaki negara, Addeen Idrakie optimis mampu melakar kejutan apabila bertemu Yip Tsz Fung dari Hong Kong pada aksi pusingan pertama saingan Terbuka Malaysia yang akan bermula Selasa ini.

Walaupun atas kertas kelebihan tampak memihak kepada lawannya yang itu yang menghuni ranking ke-54 dunia berbanding dirinya ke-104 dunia, namun Addeen percaya peluang untuk meraih kemenangan tetap ada.

"Sudah pasti saya perlu melakukan persiapan rapi kerana Tsz Fung adalah pemain yang baik dan saya mahu buktikan yang saya layak menerima wild card.

"Saya fikir adalah lebih bagus bertemu dengannya awal kerana kami akan menentangnya lagi ketika saingan Kejohanan Berpasukan Asia (30 November hingga 4 Disember).

"Saya ada melakukan analisis video bersama jurulatih Shahril (Shahidan) sebagai sebahagian daripada persiapan.

"Biarpun Tsz Fung adalah pemain yang baik, saya nampak ada ruang untuk saya gunakan kelebihan yang saya ada apabila menentangnya. Saya hanya mahu berfikir secara positif bagi menghadapi perlawanan itu," kata Addeen yang mendapat pendedahan latihan dan kejohanan selama tiga bulan di Amerika Syarikat, awal tahun ini.

Selain Addeen, empat lagi wakil negara akan beraksi iaitu Ng Eain Yow, Ivan, Syafiq dan Darren Rahul Pragasam.

Berita Harian X