Rabu, 28 Julai 2021 | 9:04pm
Heo Kwang-hee meraikan kejayaannya menewaskan Kento Momota pada aksi peringkat kumpulan hari ini. - Foto AFP
Heo Kwang-hee meraikan kejayaannya menewaskan Kento Momota pada aksi peringkat kumpulan hari ini. - Foto AFP

OLIMPIK: Momota tersingkir

TOKYO: Pemain nombor satu dunia, Kento Momota tewas pada pusingan pertama acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Kekalahan itu sehari selepas ratu tenis Jepun, Naomi Osaka turut tersungkur di laman sendiri.

Momota tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Korea Selatan Heo Kwang-hee 15-21, 19-21.

Ia adalah mimpi ngeri buat pemain tuan rumah itu yang tampil buat kali pertama di pentas temasya berprestij ini selepas digantung kerana berjudi di kasino tak berlesen beberapa bulan sebelum Rio 2016.

Malah, dia hampir bersara tahun lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Kuala Lumpur yang menyebabkan kecederaan berpanjangan.

Momota melakar rekod merangkul 11 gelaran pada 2019 dan hanya tewas enam daripada 73 perlawanan pada tahun itu.

Namun, impiannya merangkul emas Olimpik di tanah air sendiri lebur awal apabila Heo menewaskannya dalam masa 52 minit. - AFP

Pemain Jepun, Kento Momota. - Foto AFP
Pemain Jepun, Kento Momota. - Foto AFP

Berita Harian X