Jumaat, 23 Julai 2021 | 9:53pm
Misbun bersama isteri tercinta.
Misbun bersama isteri tercinta.

Misbun hilang isteri tercinta

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek kehilangan isterinya, Datin Latifah Sidek yang meninggal dunia, sebentar tadi.

Perkembangan itu disahkan menerusi akaun Twitter Majlis Sukan Negara (MSN) sekitar jam 9 malam tadi.

Bagaimanapun, punca kematian tidak dimaklumkan.

"Dukacitanya dimaklumkan Yang Berbahagia Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Sama sama kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama mereka yang disayanginya jua.

"Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga. Al-Fatihah," kata MSN menerusi ciapan Twitternya.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria turut menzahirkan ucapan takziahnya menerusi Twitternya.

"Salam Takziah buat Datuk Misbun Sidek sekeluarga diatas pemergian Isteri tercinta. Sama-sama kita doakan agar Arwah Datin Latifah Bte Sidek di tempatkan di kalangan para Solehah. Al-Fatihah," kata Norza.

Sebelum ini, Latifah dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana positif COVID-19.

Berita Harian X