Isnin, 14 Jun 2021 | 6:44am
Djokovic meraikan kemenangan selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas pada final tenis Terbuka Perancis di Roland Garros, Paris. - Foto AFP
Djokovic meraikan kemenangan selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas pada final tenis Terbuka Perancis di Roland Garros, Paris. - Foto AFP

Kekal fokus, percaya kemampuan diri - Djokovic

PARIS: Novak Djokovic, berkata dia tidak pernah meragui kemampuannya untuk kembali bangkit selepas ketinggalan dua set bagi menewaskan Stefanos Tsitsipas pada aksi final Terbuka Perancis, awal pagi tadi.

Kejayaan itu menyaksikan dia merekodkan gelaran Grand Slam ke-19 dan menjadi pemain pertama dalam tempoh 52 tahun memenangi semua gelaran utama itu sebanyak dua kali.

Pemain nombor satu dunia itu menang 6-7 (6/8), 2-6, 6-3, 6-2, 6-4 mengatasi pemain Greece berusia 22 tahun itu yang bermain dalam final Grand Slam pertamanya.

Ia kali kedua Djokovic dipaksa beraksi sehingga lebih empat jam selepas turut bermain dalam tempoh itu ketika menumbangkan juara 13 kali, Rafael Nadal pada aksi separuh akhir, kelmarin.

"Saya sudah bermain hampir sembilan jam dalam tempoh 48 jam menentang dua juara yang hebat. Ia sangat sukar secara fizikal sejak tiga hari lalu, tetapi saya fokus, percaya dengan kemampuan saya dan tahu saya boleh melakukannya.

Novak Djokovic mengucup trofi selepas menang pada final Terbuka Perancis, awal pagi tadi. - Foto AFP
Novak Djokovic mengucup trofi selepas menang pada final Terbuka Perancis, awal pagi tadi. - Foto AFP

Stefanos Tsitsipas.
Stefanos Tsitsipas.

Djokovic kini hanya kurang satu kejuaraan major untuk menyamai rekod sepanjang zaman 20 gelaran dipegang bersama Roger Federer dan Nadal. - Foto AFP
Djokovic kini hanya kurang satu kejuaraan major untuk menyamai rekod sepanjang zaman 20 gelaran dipegang bersama Roger Federer dan Nadal. - Foto AFP

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang perjalanan ini," kata pemain berusia 34 tahun itu.

Djokovic kini hanya kurang satu kejuaraan major untuk menyamai rekod sepanjang zaman 20 gelaran dipegang bersama Roger Federer dan Nadal.

Ia adalah gelaran Terbuka Perancis kedua buat Djokovic selepas kejayaan pada 2016, sekali gus menambah koleksi kejuaraannya yang sembilan kali muncul juara Terbuka Australia, lima gelaran Wimbledon dan tiga Terbuka Amerika Syarikat.

Dia pemain lelaki pertama sejak Rod Laver pada 1969 yang memenangi semua gelaran Grand Slam lebih daripada sekali dan yang ketiga dalam sejarah. - AFP

Tsitsipas mengembalikan hantaran kepada Djokovic dalam aksi final di Paris, awal pagi tadi. - Foto AFP
Tsitsipas mengembalikan hantaran kepada Djokovic dalam aksi final di Paris, awal pagi tadi. - Foto AFP

Berita Harian X