Jumaat, 6 November 2020 | 1:02pm
Aksi pemain Sepanyol, Rafael Nadal ketika menentang pemain Australia, Jordan Thompson dalam saingan tenis Masters Paris di The AccorHotels Arena, Paris. - Foto AFP.
Aksi pemain Sepanyol, Rafael Nadal ketika menentang pemain Australia, Jordan Thompson dalam saingan tenis Masters Paris di The AccorHotels Arena, Paris. - Foto AFP.

Nadal mara ke suku akhir Masters Paris

PARIS: Rafael Nadal menewaskan pemain Australia, Jordan Thompson dalam permainan terus untuk melangkah ke suku akhir tenis Masters Paris manakala Diego Schwartzman hanya selangkah lagi untuk membuat penampilan pertama aksi Final Jelajah ATP.

Nadal yang juga pilihan utama kejohanan mengatasi Thompson 6-1, 7-6 (7/3) untuk bertemu rakan senegara, Pablo Carreno Busta dalam kelompok lapan terbaik. Nadal perlu menjuarai kejohanan itu minggu bagi menyingkirkan Schwartzman dalam saingan ke Final Jelajah ATP.

"Dia (Thompson) bermula dengan baik. Saya gagal membalas pukulannya beberapa kali," kata Nadal.

"Perlawanan ini sangat sengit. Saya bergelut sehingga hujung perlawanan tetapi saya berjaya menemui rentak ketika tie-break,".

Nadal yang meraih kemenangan ke-1,000 dengan menewaskan Feliciano Lopez, pada Rabu lalu sedang berusaha memenangi kejuaraan di sini yang bakal menyaksikannya menyamai rekod Novak Djokovic meraih 36 kejuaraan di saingan Masters.

Pemain berusia 34 tahun itu bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Lopez selepas meraih kemenangan di set pertama dalam tempoh hanya 30 minit. Thompson memberi saingan sengit di set kedua, namun terlepas meraih mata kemenangan selepas pada satu ketika di depan 6-5.

Keputusan pusingan ketiga:

Rafael Nadal (ESP x1) mn Jordan Thompson (AUS) 6-1, 7-6 (7/3)

Pablo Carreno Busta (ESP x9) mn Norbert Gombos (SVK) 7-5, 6-2

Alexander Zverev (GER x4) mn Adrian Mannarino (FRA) 7-6 (13/11), 6-7 (7/9), 6-4

Stan Wawrinka (SUI x12) mn Andrey Rublev (RUS x5) 1-6, 6-4, 6-3

Diego Schwartzman (ARG x6) mn Alejandro Davidovich Fokina (ESP) 6-1, 6-1

Daniil Medvedev (RUS x3) mn Alex De Minaur (AUS x16) 5-7, 6-2, 6-2

Milos Raonic (CAN x10) mn Marcos Giron (USA) 7-6 (7/1), 6-2

Ugo Humbert (FRA) mn Marin Cilic (CRO) 6-3, 6-7 (4/7), 6-3

- AFP

Berita Harian X