Sabtu, 15 Julai 2017 | 2:13am

Tenis Wimbledon: Federer mara final

 ROGER Federer. - Foto EPA
ROGER Federer. - Foto EPA

LONDON: Juara tujuh kali Wimbledon, Roger Federer mara ke final buat kali ke-11, selepas menumpaskan pemain Republik Czech, Tomas Berdych, sebentar tadi.

Federer, 35, yang ingin mencipta sejarah menjuarai Wimbledon buat kali kelapan menewaskan Berdych 7-6 (7/4), 7-6 (7/4), 6-4.

Beliau akan berdepan dengan pemain Croatia Marin Cilic pada final Ahad ini.

Cilic mara ke akhir apabila menumbangkan pemain Amerika Syarikat (AS), Sam Querrey 6-7 (6/8), 6-4, 7-6 (7/3), 7-5 sebelum kemenangan Federer.

AFP

Berita Harian X