Selasa, 3 Oktober 2023 | 10:27pm
Atlet kuartet lelaki negara Muhammad Azeem Fahmi dan Jonathan Nyepa pada acara 4 x 100 meter akhir lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou malam ini. - BERNAMA
Atlet kuartet lelaki negara Muhammad Azeem Fahmi dan Jonathan Nyepa pada acara 4 x 100 meter akhir lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou malam ini. - BERNAMA

Penyertaan kuartet 4x100 lelaki negara dibatalkan

HANGZHOU: Penyertaan kuartet 4x100m (m) lelaki negara dibatalkan susulan kesalahan pencerobohan lorong yang dilakukan atlet negara pada final Sukan Asia 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.

Berdasarkan keputusan rasmi di laman Sukan Asia 2022, kuartet negara didapati melakukan kesalahan TR17.3.1 iaitu pencerobohan lorong sekali gus menyaksikan kedudukan kelima menjadi milik kuartet Indonesia.

Sebelum itu, kuartet negara dibarisi Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi itu melakukan catatan 39.19 saat (s) untuk menamatkan saingan di tangga kelima secara keseluruhan.

Kuartet lelaki negara (dari,kiri) Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi selepas tamat acara 4 x 100 Meter Akhir Lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou malam ini. - BERNAMA

Pingat emas dimenangi China dengan catatan 38.29s sementara kuartet Jepun dengan catatan 38.44s memenangi pingat perak.

Gangsa menjadi milik Korea Selatan dengan catatan 38.74s.

Berita Harian X