Sabtu, 30 September 2023 | 10:08pm
Azeem (kiri) menamatkan larian di tempat ketiga pada aksi final 100m Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi. Foto REUTERS
Azeem (kiri) menamatkan larian di tempat ketiga pada aksi final 100m Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi. Foto REUTERS

Azeem hadiahkan gangsa buat Malaysia

HANGZHOU: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi meraih pingat gangsa dalam acara 100m (m) di Sukan Asia 2022, sebentar tadi.

Dia melakukan catatan 10.11 saat untuk menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang pelari China, Xie Zhenye yang memenangi emas dengan 9.97 saat.

Perak dimenangi atlet Thailand, Boonson Puripol dengan catatan 10.02saat.

Pelari China, Xie Zhenye memenangi emas dengan catatan 9.97 saat. - Foto REUTERS
Pelari China, Xie Zhenye memenangi emas dengan catatan 9.97 saat. - Foto REUTERS

Berita Harian X