Ahad, 18 September 2022 | 5:30pm
Atlet Perak, Muhammad Azeem Mohd Fahmi cedera di bahagian hamstring dan dibawa menaiki ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut di Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil, hari ini. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

Ambulans bawa Azeem ke ISN

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi cedera di bahagian hamstring dan dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil, hari ini.

Azeem cedera ketika beraksi dalam final acara 200 meter (m) yang menyaksikan dia mengakhiri saingan di tempat kedua.

Kecederaan hamstring itu menjejaskan rentak larian Azeem ketika final 200m itu sehingga membolehkan pencabar terdekatnya dari Johor, Muhammad Arsyad Md Saat memintas pada 10m terakhir untuk memenangi emas.

"Doakan saya," kata Azeem ketika berada di dalam ambulans sebelum dibawa ke ISN.

Sebelum aksi final, hari ini, Azeem ada membuat ciapan di Twitter miliknya menggambarkan yang dia mengalami kecederaan hamstring.

Berita Harian X