BIRMINGHAM: Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib gagal ke final acara 200 meter (m) Sukan Komanwel 2021 di sini, malam tadi.
Dalam perlumbaan saringan kedua peringkat separuh akhir di Stadium Alexander itu, dia hanya mampu mencatatkan 21.36 saat (s) untuk menduduki tempat keenam.
Catatan itu lebih perlahan berbanding ketika pusingan kelayakan saingan ketujuh kelmarin apabila dia merakamkan 21.13s untuk menduduki tempat kedua.
Acara ini dimenangi wakil England, Zhamel Huhes dengan catatan 20.30s.
Hanya dua terpantas dari setiap saringan bersama dua catatan masa terbaik keseluruhan layak ke final hari ini.
Masa terbaik Russel bagi acara 200m ini adalah 20.77s yang dilakukannya pada Kejohanan Trek Klasik Queensland, Australia pada Mac 2019.