X
Jumaat, 5 Ogos 2022 | 12:04am
 Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib dalam saingan kelayakan acara 200 meter pada Sukan Komanwel 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, hari ini. - Foto BERNAMA.
Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib dalam saingan kelayakan acara 200 meter pada Sukan Komanwel 2022 di Stadium Alexander, Birmingham, hari ini. - Foto BERNAMA.

Russel layak ke separuh akhir 200m

BIRMINGHAM: Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib layak ke peringkat separuh akhir acara 200 meter (m) lelaki pada Sukan Komanwel 2022 di sini, hari ini.

Dia berjaya menduduki tangga kedua pada pusingan kelayakan ketujuh dalam saingan di Stadium Alexander dengan catatan 21.30 saat (s).

Pusingan separuh akhir akan diadakan esok, bermula jam 7.09 malam waktu tempatan.

Pusingan ini dimenangi Kiviasi Asamba dari Kenya dengan catatan 20.76s manakala ketiga, wakil Nigeria Alaba Olukunle Akintola (21.28s). Ketiga-tiga mereka layak ke final.

Ketika ditemui selepas perlumbaan, Russel melahirkan rasa gembira kerana impiannya untuk layak ke separuh akhir pada Sukan Komanwel tercapai.

"Sudah tentu saya gembira kerana dapat memenuhi sasaran layak ke separuh akhir. Selepas ini saya mensasarkan layak ke final pula.

"Jika saya dapat melakukankannya ia adalah satu bonus dan pencapaian hebat kerana lawan saya di sini hebat-hebat belaka," katanya.

Catatan rekod terbaik Russel bagi acara 200m adalah 20.77s yang dilakukan pada KejohanaTrek Klasik Queensland, Australia pada Mac 2019.

Sementara itu, pengurus pasukan negara, M Iyaru gembira kerana Russel membuktikan dia mampu bersaing di temasya besar seperti ini.

"Kita harap dia mampu layak ke final dan mencatat rekod lebih baik berbanding rekod peribadinya sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini.

Berita Harian X