X
Ahad, 31 Julai 2022 | 11:23am
Atlet Uganda Victor Kiplangat meraih emas acara maraton lelaki di Sukan Komanwel, Birmingham. - Foto REUTERS
Atlet Uganda Victor Kiplangat meraih emas acara maraton lelaki di Sukan Komanwel, Birmingham. - Foto REUTERS

Salah jalan, Kiplangat tetap raih emas

BIRMINGHAM: Atlet Uganda Victor Kiplangat meraih emas acara maraton lelaki di Sukan Komanwel - walaupun tersalah jalan.

Pelari 22 tahun itu tersilap selekoh lebih satu kilometer menuju ke garisan penamat di Birmingham yang hampir membuatkannya kehilangan kedudukan pendahulu.

Bagaimanapun Kiplangat sudah menjarakkan diri dengan selesa ke atas pesaing terdekat dan masih mampu menamatkan larian dengan kelebihan satu minit 34 saat di depan pelari Tanzania Alphonce Simbu.

"Orang yang menunggang motosikal mengelirukan saya. Mereka memberitahu saya untuk berpatah balik tetapi saya masih berjaya sampai ke garisan penamat.

"Saya percaya Uganda bangga dengan saya hari ini. Kami menanti saat ini. Saya gembira dapat menang. Terima kasih kepada yang menyokong saya.

"Kaki saya begitu letih tetapi penonton memberikan sorakan dan keberanian kepada saya," kata Kiplangat.

Kiplangat merangkul emas dengan catatan 2:10:55, hampir memecahkan rekod kejohanan 2:09.12 dicatat pelari England Ian Thompson pada tahun 1974. - AGENSI

Berita Harian X