Sabtu, 14 Mei 2022 | 6:54pm
Zaidatul (tengah) meraih tempat kelima dengan catatan masa 24.07s manakala Siti Fatimah (kiri) menduduki tempat kelapan dengan masa 25.29s ketika acara akhir 200 meter pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Zaidatul, Muhammad Arsyad menghampakan

HANOI: Atlet olahraga negara, Zaidatul Husniah Zulkifli mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada dua lagi baki acara iaitu 4x100 meter (m) dan 100 meter wanita selepas menamatkan perlumbaan final 200m di tempat kelima, di sini, sebentar tadi.

Zaidatul berkata dia sudah melakukan yang terbaik dalam lariannya di Stadium Nasional My Dinh, namun perancangan teknik larian dilakukannya tidak menjadi seperti dirancang dan akur hanya dapat melakukan 24.07 saat (s).

"Saya sudah melakukan sehabis baik tetapi tidak ada rezeki. Saya akan cuba lagi dalam acara 100m dan 4x100m nanti," katanya yang pernah beraksi pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Pingat emas acara berkenaan dimenangi Veronica Shanti Pereira dari Singapura yang mencatat 23.52s manakala gandingan kembar dari Filipina, Kyla Ashley Richardson dan Kayla Anise Richardson masing-masing meraih perak dan gangsa dengan catatan 23.56s dan 23.87s.

(Dari kiri), pelari Vietnam, Hoang Du Y; Pereira Veronica Shanti (Singapura), Kyla Ashley Richardson Marco dan Kyla Ashley Richardson Marco (Filipina) ketika aksi final 200 meter temasya Sukan SEA di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, hari ini. - Foto EPA.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Siti Fatima Mohamad melengkapkan larian acara final dengan mencatat 25.29s untuk berada di tangga kelapan daripada lapan peserta.

"Sebenarnya saya cuba mendapatkan rentak larian tetapi mungkin pada penghujung larian, ia sedikit tak menjadi. Apapun, saya masih mahu untuk memberi tumpuan penuh dalam acara seterusnya," katanya.

Pada acara saringan di sebelah pagi, Zaidatul berada di tempat ketiga daripada enam peserta dengan catatan 24.20s manakala Siti di tempat ketiga daripada lima peserta melakukan 25.91s.

Dalam acara final lelaki, Muhammad Arsyad Md Saat melakukan 20.95s untuk berada di tempat keempat keseluruhan manakala seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa melengkapkan perlumbaan dengan 21.24s untuk berada di tempat keenam.

Atlet negara, Muhammad Arsyad Md Saat (depan) dan Jonathan Nyepa beraksi ketika acara 200 meter lelaki akhir pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi semalam. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Atlet negara, Muhammad Arsyad Md Saat (depan) dan Jonathan Nyepa beraksi ketika acara 200 meter lelaki akhir pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi semalam. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Berita Harian X