Jumaat, 30 Julai 2021 | 8:38am
Atlet pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias memulakan perlumbaan di lorong kelapan pada saingan kelayakan 100m wanita temasya Sukan Olimpik 2020 di Stadium Olimpik Tokyo. - Foto AFP
Atlet pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias memulakan perlumbaan di lorong kelapan pada saingan kelayakan 100m wanita temasya Sukan Olimpik 2020 di Stadium Olimpik Tokyo. - Foto AFP

OLIMPIK: Azreen tempat kedua 100m, berjaya mara

KUALA LUMPUR: Atlet pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias mara ke pusingan pertama acara 100 meter selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi.

Pelari berusia 21 tahun berasal dari Terengganu turut memperbaharui rekod peribadi terbaiknya apabila mencatatkan masa 11.77 saat (s) dalam saingan yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.

Catatan peribadi terbaik dia sebelum ini adalah 11.81s yang dilakukannya ketika Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Atlet Iran, Farzaneh Fasihi menamatkan aksi di kedudukan pertama apabila mencatatkan masa 11.76s manakala Alshammari Mudhawi dari Kuwait ketiga dengan catatan 11.82s.

Tiga atlet teratas dalam setiap saringan pusingan kelayakan layak ke pusingan pertama.

Saingan pusingan pertama 100m wanita dijadual bermula jam 11.15 pagi ini.

Atlet pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias mara ke pusingan pertama acara 100 meter selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi. - Foto AFP

Berita Harian X