Isnin, 15 April 2024 | 11:47am
Penunggang Aprilia Racing, Maverick Vinales (tengah) meraikan kemenangan di atas podium Grand Prix MotoGP Amerika di Texas. - Foto REUTERS
Penunggang Aprilia Racing, Maverick Vinales (tengah) meraikan kemenangan di atas podium Grand Prix MotoGP Amerika di Texas. - Foto REUTERS
Maverick Vinales mendahului perlumbaan Grand Prix MotoGP Amerika di Texas. - Foto REUTERS
Maverick Vinales mendahului perlumbaan Grand Prix MotoGP Amerika di Texas. - Foto REUTERS

Vinales catat sejarah MotoGP

AUSTIN, Amerika Syarikat: Maverick Vinales bangkit daripada permulaan buruk dari petak utama untuk memenangi Grand Prix MotoGP Amerika di Texas.

Pelumba rookie remaja, Pedro Acosta di tempat kedua dengan Enea Bastianini melengkapkan podium perlumbaan ketiga musim ini.

Vinales, yang tercicir ke kedudukan ke-11 selepas bermula dari petak utama ke selekoh pertama, mencatat sejarah sebagai pelumba pertama memenangi perlumbaan MotoGP dengan tiga pasukan berbeza - Suzuki, Yamaha dan kini Aprilia.

"Terima kasih, saya rasa semua orang memberi sokongan terhadap saya di Amerika.

"Sejarah tercipta, terima kasih Amerika, saya sangat gembira. Kami perlu terus bekerja keras, rentaknya amat menakjubkan," kata Vinales.

Pada perlumbaan di litar Austin itu, Marc Marquez terbabas selepas beberapa saat mendahului perlumbaan, sekali gus meranapkan peluang pelumba Sepanyol itu untuk meraih kemenangan kelapan di litar ini dan yang pertama dengan jentera Ducati pasukan satelit Gresini.

Pendahulu kejuaraan, Jorge Martin di tempat keempat. - AFP

Berita Harian X