Ahad, 7 April 2024 | 8:06pm
Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen meraikan kejayaan memenangi F1 GP Jepun di Litar Suzuka. - AFP
Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen meraikan kejayaan memenangi F1 GP Jepun di Litar Suzuka. - AFP

Verstappen juara GP Jepun

SUZUKA, Jepun: Max Verstappen berkata Red Bull mesti menggunakan dominasi mereka pada awal musim selepas mencipta kejayaan pada Grand Prix Jepun hari ini di depan rakan sepasukan, Sergio Perez.

Juara dunia tiga kali itu meraih kemenangan ketiga daripada empat perlumbaan setakat tahun ini dan ia membuktikan pemandu Belanda dan Red Bull itu akan menyerlah sekali lagi.

Verstappen gagal menamatkan aksi di Australia dua minggu lalu kerana masalah brek namun dia bermula dari petak pendahulu dan mengawal perlumbaan di Suzuka dari mula hingga penamat.

"Saya tahu akan ada litar yang mungkin tidak memihak kepada kami," kata Verstappen, yang meraih bendera penamat 12.5 saat di depan pemandu Mexico, Perez.

"Tetapi jika kami dapat litar yang kami boleh menjadi pantas, kami mesti menggunakan kelebihan itu dan memungut mata maksimum sebagai sebuah pasukan."

Pemandu Ferrari, Carlos Sainz, yang muncul juara di Melbourne, ketiga pada aksi di litar kering dan panas dekat Suzuka.

Verstappen kini mengungguli perlumbaan awal kejuaraan dunia dengan 77 mata manakala Perez dengan 64 manakala rakan sepasukan Sainz dari Ferrari, Charles Leclerc 59.

Bos Mercedes, Toto Wolff memberitahu wartawan selepas perlumbaan bahawa "tiada siapa dapat mengejar Max tahun ini." - AFP

Berita Harian X