Isnin, 11 March 2024 | 8:55am
Pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia memenangi MotoGP Qatar di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar. - Foto AFP
Pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia memenangi MotoGP Qatar di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar. - Foto AFP

Bagnaia ungguli MotoGP Qatar

LUSAIL, Qatar: Juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia meraih kemenangan pada perlumbaan pembukaan musim di MotoGP Qatar semalam.

Penunggang Ducati itu memecut dari petak kelima untuk berada di depan dan menguasai perlumbaan pertama pada ulang tahun musim ke-75 MotoGP.

Brad Binder di tempat kedua untuk KTM dengan Jorge Martin (Ducati-Pramac) yang bermula dari petak utama menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Penunggang Ducati Francesco Bagnaia meraikan muncul juara MotoGP Qatar. - Foto AFP
Penunggang Ducati Francesco Bagnaia meraikan muncul juara MotoGP Qatar. - Foto AFP

Bagnaia, keempat di belakang Martin pada acara pecut Sabtu lalu, berkata: "Kami tahu potensi kami, kami cuba melakukan sebaik mungkin semalam, tetapi mengubah percaturan kami - hari ini ia berbeza sepenuhnya."

Martin, yang meraih petak utama selepas mencatat rekod pusingan terpantas dalam sesi kelayakan, gembira dengan keputusan di Litar Antarabangsa Lusail.

"Kemenangan semalam dan P3 hari ini, saya mengumpul banyak mata sepanjang hujung minggu, jadi saya berpuas hati," kata Martin.

Bagnaia menunjukkan kepakarannya dengan memecut laju dari barisan kedua untuk memintas empat pelumba dalam sekelip mata.

Francesco Bagnaia (tengah) menatasi penunggang Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder (kiri) dan Jorge Martin. - Foto AFP
Francesco Bagnaia (tengah) menatasi penunggang Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder (kiri) dan Jorge Martin. - Foto AFP

Jack Miller dari Australia menjadi pelumba pertama mengalami kemalangan musim ini apabila jentera KTM ditunggangnya terbabas di pusingan kedua.

Perlumbaan MotoGP akan berlangsung di litar Portimao untuk Grand Prix Portugal dua minggu lagi dengan Bagnaia mendahului kejuaraan pada 31 mata, diikuti Binder (29) dan Martin (28). - AFP

Krew pasukan Ducati Lenovo Team rai kejayaan Francesco Bagnaia. - Foto AFP
Krew pasukan Ducati Lenovo Team rai kejayaan Francesco Bagnaia. - Foto AFP

Krew pasukan Ducati Lenovo Team rai kejayaan Francesco Bagnaia. - Foto Reuters
Krew pasukan Ducati Lenovo Team rai kejayaan Francesco Bagnaia. - Foto Reuters

Aksi penunggang Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia bersama penyokongnya. - Foto AFP
Aksi penunggang Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia bersama penyokongnya. - Foto AFP

Berita Harian X