Sabtu, 4 March 2023 | 5:16pm
Aksi pelumba PETRONAS MIE Racing Honda Team, Hafizh Syahrin Abdullah di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia. - Foto ihsan FB MIE Racing Japan
Aksi pelumba PETRONAS MIE Racing Honda Team, Hafizh Syahrin Abdullah di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia. - Foto ihsan FB MIE Racing Japan

Hafizh tempat ke-16 perlumbaan 1 pusingan 2 di Mandalika

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS MIE Racing Honda Team, Hafizh Syahrin Abdullah melengkapkan Perlumbaan 1 Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di tempat ke-16, sebentar tadi.

Hafizh yang memulakan perlumbaan di Litar Mandalika, Indonesia dari petak ke-19 ketinggalan 1 minit 2.195 saat daripada pemenang kali ini, Alvaro Bautista yang melengkapkan 21 pusingan perlumbaan dengan catatan 32'44.093s.

Pelumba Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, Toprak Razgatlioglu, ketinggalan 4.809s manakala rakan sepasukannya, Andrea Locatelli melengkapkan podium di tempat ketiga.

Untuk rekod, pada musim sulungnya menyertai kelas WorldSBK tahun lalu, Hafizh berjaya menamatkan perlumbaan di Mandalika dengan berada di tempat ke-13 pada Perlumbaan 1 dan ke-14 di Perlumbaan 2.

Bekas pelumba Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia itu pada akhirnya menamatkan musim 2022 dengan mengumpul 10 mata untuk berada di tangga ke-23 keseluruhan.

Dalam pada itu, seorang lagi pelumba negara dalam kelas WorldSSP, Adam Norrodin melengkapkan Perlumbaan 1 dengan berada dalam kelompok 15 terbaik.

Aksi Adam di Litar Mandalika. - Foto ihsan FB MIE Racing Japan
Aksi Adam di Litar Mandalika. - Foto ihsan FB MIE Racing Japan

Adam yang membuat penampilan pertama di WSBK bersama PETRONAS MIE MS Racing HONDA Tea, menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, 1'16.156s dibelakang pemenang dari pasukan Kawasaki Puccetti Racing, Can Oncu yang mencatat masa keseluruhan, 28'56.637s.

Berita Harian X