Isnin, 4 Julai 2022 | 7:38am
Carlos Sainz meraih kemenangan Formula Satu (F1) pertamanya selepas 150 perlumbaan apabila mengungguli Grand Prix British dengan jentera Ferrarinya. - Foto REUTERS
Carlos Sainz meraih kemenangan Formula Satu (F1) pertamanya selepas 150 perlumbaan apabila mengungguli Grand Prix British dengan jentera Ferrarinya. - Foto REUTERS

Sainz raih kemenangan sulung F1

SILVERSTONE: Carlos Sainz meraih kemenangan Formula Satu (F1) pertamanya selepas 150 perlumbaan apabila mengungguli Grand Prix British dengan jentera Ferrarinya.

Pemandu 27 tahun Sepanyol itu, bermula dari petak utama pertamanya, mengatasi cabaran pemandu Red Bull Sergio Perez, yang mengejar dari petak ke-17, untuk melintasi garisan penamat 3.7 saat lebih pantas.

Wira tempatan dan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton dari Mercedes di tempat ketiga untuk merekod penamat podium ke-13 di laman sendiri.

Charles Leclerc yang memandu Ferrari kedua, di tempat keempat diikuti Fernando Alonso dan Lando Norris dari McLaren.

Juara dunia dan pendahulu kejuaraan Max Verstappen dari Red Bull di tempat ketujuh, diikuti Mich Schumacher dari Haas yang mengutip mata pertama dalam musim keduanya.

"Saya tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Ia menakjubkan. Kemenangan pertama saya di Formula Satu pada perlumbaan ke-150 saya dan untuk Ferrari di Silverstone!" kata Sainz.

Hamilton memuji penonton di Silverstone yang dianggap terbaik dan sukar ditandingi penonton di litar lain.

"Saya memberikan segalanya hari ini. Saya cuba mengejar, tetapi Red Bull dan Ferrari terlalu pantas di laluan lurus," kata Hamilton.

Vertstappen masih mendahului kejuaraan dengan 181 mata, diikuti Perez pada 147, Leclerc 138 dan Sainz 127. - AFP

Berita Harian X