SEPANG: Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Bahauddin mencetuskan kebangkitan sensasi untuk menjuarai pusingan ketiga kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang, di sini, hari ini.
Dia yang bermula di petak ke-13 menampilkan prestasi cemerlang apabila menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 14 minit 07:916 saat (s).
Pada pusingan pertama sebelum ini, Nazirul sekadar berada di kedudukan keempat sebelum dia berjaya menaiki podium dengan meraih tempat ketiga di pusingan kedua.
"Kejayaan ini adalah hasil usaha pasukan saya. Keadaan jentera yang stabil membolehkan saya menamatkan perlumbaan ini tanpa sebarang masalah teknikal.
"Semua 19 pelumba memang hebat dan perlumbaan ini sememangnya sengit. Namun begitu, saya mampu mengekalkan momentum dan menyambar pada masa yang tepat," kata Nazirul sejurus tamat perlumbaan hari ini.
Tempat kedua menjadi milik Md Izam Izamli dari pasukan ONEXOX Racing manakala Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu yang bermula di petak pertama terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketiga.
Sementara itu, dalam kategori CP125, Md Hafiza Rofa mencipta hatrik dengan satu lagi kemenangan untuk pasukan ONEXOX TKKR Racing.
Tempat kedua pula milik Md Norhakim Md Morhafizullah dari pasukan ONEXOX Racing manakala Md Irfan Haykhal Amidi dari pasukan HONDA KC RACING ketiga.
Keputusan:
Kategori CP150 -
1. Nazirul Izzat Md Bahauddin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:07.916
2. Md Izam Ikmal Izamli, ONEXOX RACING TEAM, 14:07.924
3. Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY IDEMITSU TEAM, 14:08.070
4. Md Iqbal Amri Abd Malek, YAMALUBE GEN BLU AHM MOTOR SPORTS, 14:08.076
5. Md Helmi Azman, SCK HONDA RACING TEAM, 14:08.082
Kategori CP125 -
1. Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11:07.606
2. Md Norhakim Md Norhafizullah, ONEXOX RACING TEAM, 11:07.732
3. Md Irfan Haykhal Amidi, HONDA KC RACING, 11:07.778
4. Danial Johan, PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, 11:08.017
5. Md Idil Fitri Mahadi, YYPANG YAMAHA RACING TEAM, 11:23.745
Kategori Wira KBS -
1. Md Syamil Amsyar Md Iffende, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING, 9:40.569
2. Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING, 9:46.202
3. Md Danish Aiman Zamrul, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING, 9:49.108
4. Md Farish Hafish Farid Sezli, IDEMITSU HONDA YAM RACING, 9:49.210
5. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, HONDA KC RACING, 9:50.078