Sabtu, 26 March 2022 | 8:28am
Grand Prix Arab Saudi di Litar Jeddah akan diteruskan walaupun sesi latihan tertangguh akibat serangan ke atas depoh minyak berhampiran. - Foto REUTERS
Grand Prix Arab Saudi di Litar Jeddah akan diteruskan walaupun sesi latihan tertangguh akibat serangan ke atas depoh minyak berhampiran. - Foto REUTERS

F1 teruskan Grand Prix Arab Saudi

JEDDAH: Bos Red Bull Christian Horner menyokong keputusan untuk meneruskan Grand Prix Arab Saudi walaupun diancam serangan ke atas depoh minyak berdekatan Litar Jeddah.

"F1 tidak akan dibuli. Sukan perlu tegas menentang perkara ini. Keganasan sebegini tidak akan diberi muka. Sukan tidak boleh dibuli dengan cara ini," kata Horner.

Horner dan bos Mercedes Toto Wolff yang sering tidak sependapat dalam persaingan kejuaraan musim lalu, kali ini sehaluan dalam memastikan perlumbaan diteruskan.

"Kami berbincang sesama prinsipal pasukan dan semuanya bersetuju untuk ia diteruskan. Litar ini antara yang paling selamat di Arab Saudi ketika ini," kata Wolff.

Pemberontak Yaman menyerang kemudahan minyak milik Aramco berhampiran litar ketika sesi latihan yang menyaksikan kebakaran besar dari litar.

Sesi latihan kedua tertangguh dengan pengurusan F1, bos-bos pasukan, pemandu dan promoter perlumbaan membincangkan tentang serangan berkenaan.

Aramco adalah penaja kepada pasukan Aston Martin. - AFP

Berita Harian X