Selasa, 30 November 2021 | 10:59am
Lakaran Litar Corniche Jeddah yang bakal menganjurkan perlumbaan sulung F1 Grand Prix Arab Saudi pada Ahad ini. - Foto ihsan Grand Prix 247.
Lakaran Litar Corniche Jeddah yang bakal menganjurkan perlumbaan sulung F1 Grand Prix Arab Saudi pada Ahad ini. - Foto ihsan Grand Prix 247.

Arab Saudi sudah sedia anjur perlumbaan sulung F1

JEDDAH: Perlumbaan sulung Formula Satu (F1) di Arab Saudi akan memperkenalkan negara itu kepada dunia, kata bos sukan permotorannya sambil menyelar kritikan terhadap dakwaan hak asasi serta tuntutan membatalkan konsert Justin Bieber.

Litar baharu di sini, hampir siap sepenuhnya menjelang perlumbaan malam Ahad ini, setahun selepas Arab Saudi disahkan sebagai penganjur terbaru F1.

Presiden Persekutuan Automobil dan Motosikal Arab Saudi (SAMF), Putera Khalid Sultan Al-Faisal.
Presiden Persekutuan Automobil dan Motosikal Arab Saudi (SAMF), Putera Khalid Sultan Al-Faisal.

"Apabila kami membuktikan dalam beberapa hari lagi yang perlumbaan ini akan berjalan lancar, ia akan memberi isyarat ke seluruh dunia siapa rakyat Saudi sebenarnya dan kemampuan Arab Saudi.

"Kami boleh katakan litar sudah 95 peratus siap. Lima peratus lagi hanyalah perkara-perkara kecil, daripada penjenamaan, penanaman pokok dan hiasan.

"Litar sudah siap, infrastruktur sudah lengkap... apa yang berkaitan dengan perlumbaan sudah siap," kata Presiden Persekutuan Automobil dan Motosikal Arab Saudi (SAMF), Putera Khalid Sultan Al-Faisal.

Pendahulu kejuaraan Max Verstappen dari Red Bull mampu mengesahkan gelaran dunia di Arab Saudi minggu ini, salah satu daripada empat negara Teluk yang mengisi kalendar F1 tahun ini. - AFP

Berita Harian X