Ahad, 10 Oktober 2021 | 10:16pm
Valtteri Bottas meraikan kejayaannya di podium selepas memenangi GP Turki di Intercity Istanbul Park di Istanbul.
Valtteri Bottas meraikan kejayaannya di podium selepas memenangi GP Turki di Intercity Istanbul Park di Istanbul.

Bottas ungguli GP Turki

ISTANBUL: Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas meraih kejuaraan pertamanya musim ini apabila memenangi Grand Prix Turki sebentar tadi, tatkala Max Verstappen kembali merampas status selaku pendahulu kejuaraan.

Pemandu The Red Bull itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekali gus mengatasi rakan sepasukan Bottas, Lewis Hamilton dengan kelebihan enam mata selepas pemandu Britain itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez, melengkapkan podium di tempat ketiga, manakala pemandu Ferrari, Charles Leclerc keempat. - AFP

Berita Harian X