Khamis, 7 Oktober 2021 | 11:29pm
Gambar fail - Perlumbaan GP Motosikal Malaysia diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebelum ini. Musim depan GP Motosikal Malaysia akan diadakan semula di SIC pada 23 Oktober, selepas dua tahun berturut-turut dibatalkan akibat pandemik COVID-19.
Gambar fail - Perlumbaan GP Motosikal Malaysia diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebelum ini. Musim depan GP Motosikal Malaysia akan diadakan semula di SIC pada 23 Oktober, selepas dua tahun berturut-turut dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

MotoGP dunia umum kalendar perlumbaan 2022

PARIS: Kejuaraan MotoGP Dunia mengumumkan kalendar bagi musim depan yang bakal membabitkan 21 perlumbaan termasuk buat pertama kalinya di Litar KymiRing, Finland dan Mandalika, Indonesia.

Marc Marquez dan Fabio Quartararo bersama pelumba lain bakal memulakan saingan musim depan di Qatar pada 6 Mac 2022 dan dijadual mengakhiri perlumbaan di Litar Ricardo Tormo Valencia pada 6 November.

Selain perlumbaan di dua litar baharu, kalendar musim depan juga akan menyaksikan lima lokasi bukan di Eropah turut disenaraikan semula selepas dibatalkan tahun ini akibat pandemik COVID-19. Lokasi berkenaan adalah di Argentina, Jepun, Thailand, Australia dan Malaysia

Finland dan Indonesia sebelum ini sepatutnya sudah memulakan perlumbaan pada musim 2020, namun ditangguhkan akibat masalah pandemik.

Berikut senarai 21 pelumbaan bagi musim 2022:

6 Mac - Qatar (Losail)

20 Mac - Indonesia (Mandalika)

3 April 3 - Argentina (Termas de Rio Hondo)

10 April 10 - Americas (Circuit of The Americas, Austin)

24 April 24 - Portugal (Algarve, Portimao)

1 Mei - Sepanyol (Jerez)

15 Mei - Perancis (Bugatti, Le Mans)

29 Mei - Itali (Mugello)

5 Jun - Catalonia (Montmelo, Barcelona)

19 Jun - Jerman (Sachsenring)

26 Jun - Belanda (Assen)

10 Julai - Finland (KymiRing)

7 Ogos - Britain (Silverstone)

21 Ogos - Austria (Spielberg)

4 September - San Marino (Misano)

18 September - Aragon (Motorland Aragon)

25 September - Jepun (Motegi)

2 Oktober - Thailand (Chang International Circuit, Buriram)

16 Oktober - Australia (Philip Island)

23 Oktober - Malaysia (Sepang)

6 November - Valencia (Ricardo Tormo)

- AFP

Berita Harian X