Isnin, 17 Mei 2021 | 9:28pm
Pelumba Moto3 PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee di Litar Le Mans, Perancis.
Pelumba Moto3 PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee di Litar Le Mans, Perancis.

McPhee lega kembali dapat rentak di GP Perancis

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee lega apabila badi terburuk dalam kariernya sejak musim 2013 berakhir di Grand Prix (GP) Perancis, hujung minggu lalu.

Sejak lapan tahun lalu, McPhee tidak pernah merasai permulaan musim yang malang tanpa sebarang kutipan mata seperti dialami musim ini dan pelumba berusia 26 itu nyata boleh tersenyum di Litar Le Mans apabila menamatkan saingan di tempat keempat - satu penamat yang amat dinanti-nantikannya.

"Penamat keempat ini seakan satu kemenangan kerana ia adalah penamat terbaik pertama dan mata pertama saya bagi musim ini," kata McPhee yang pada 2019 meraih kemenangan di Le Mans selepas kali terakhir mengecap kejayaan sama di GP Republik Czech 2016.

"Ia satu perasaan yang baik dan saya gembira untuk meraihnya dengan tunggangan yang sempurna. Saya cuba untuk bertenang dan tidak melakukan kesilapan pada pertengahan pertama saingan terutama apabila melihat ada pelumba terjatuh di belakang saya.

"Keadaan ketika itu sangat rumit. Saya mampu mengawal corak perlumbaan saya pada akhir saingan sebelum mendapati had kemampuan itu agak jauh. Saya cuba mengekori Riccardo (Rossi) di pusingan terakhir tetapi saya melakukan kesilapan kecil ketika memasuki Selekoh 8 dan sedikit hilang kawalan di bahagian depan.

"Saya fikir mempunyai peluang di pusingan terakhir, tetapi dia memberikan saingan yang luar biasa dan dia lebih layak berada di pentas podium.

Dengan 13 mata yang diraih di Le Mans, McPhee ketika ini berada di tangga ke-20 keseluruhan manakala pelumba Red Bull KTM Ajo, Pedro Acosta yang menamatkan perlumbaan di tempat kelapan ketika ini berada di puncak kedudukan keseluruhan, 103 mata.

Keputusan:

Moto2 -

1. Raul Fernandez (Red Bull KTM Ajo) 40'46.101s

2. Remy Gardner (Red Bull KTM Ajo) 40'47.591s

3. Marco Bezzecchi (SKY Racing Team VR46) 40'50.700s

4. Tony Arbolino (Liqui Moly Intact GP) 40'53.604s

5. Bo Bendsneyder (Pertamina Mandalika SAG Team) 40'57.988s

... 19. Jake Dixon (PETRONAS Sprinta Racing) 41'27.170s

Xavi Vierge (PETRONAS Sprinta Racing) *tidak menamatkan perlumbaan

Kedudukan keseluruhan:

1. Remy Gardner (Red Bull KTM Ajo) 89 mata

2. Raul Fernandez (Red Bull KTM Ajo) 88 mata

3. Marco Bezzecchi (SKY Racing Team VR46) 72 mata

4. Sam Lowes (Elf Marc VDS Racing Team) 66 mata

5. Fabio di Diannantonio (Federal Oil Gresini Moto2) 60 mata

... 10. Xavi Vierge (PETRONAS Sprinta Racing) 26 mata

19. Jake Dixon (PETRONAS Sprinta Racing) 9 mata

Moto3 -

1. Sergio Garcia (Gaviota GASGAS Aspar Team) 42'21.172s

2. Filip Salac (Rivacold Snipers Team) 42'23.521s

3. Riccarco Rossi (BOE Owlride) 42'26.761s

4. John McPhee (PETRONAS Sprinta Racing ) 42'28.330s

5. Ayumu Sasaki (Red Bull KTM Tech 3) 42'36.054s

.... 20. Darryn Binder (PETRONAS Sprinta Racing) 44'15.296s

Kedudukan keseluruhan:

1. Pedro Acosta (Red Bull KTM Ajo) 103 mata

2. Sergio Garcia (Gaviota GASGAS Aspar Team) 49 mata

3. Andrea Migno (Rivacold Snipers Team) 47 mata

4. Romano Fenati (Sterilgarda Max Racing Team) 46 mata

5. Niccolo Antonelli (Avintia Esponsorama Moto3) 44 mata

... 8. Darryn Binder (PETRONAS Sprinta Racing) 36 mata

20. John McPhee (PETRONAS Sprinta Racing) 13 mata

Berita Harian X