Sabtu, 1 Ogos 2020 | 11:17pm
Lewis Hamilton menyambar petak pertama Grand Prix (GP) British. - FotoAFP
Lewis Hamilton menyambar petak pertama Grand Prix (GP) British. - FotoAFP

Hamilton sambar petak pertama GP British

SILVERSTONE, United Kingdom: Lewis Hamilton menyambar petak pertama Grand Prix (GP) British, di sini, sebentar tadi mengenepikan cabaran rakan sepasukan dan pencabar kejuaraan, Valtteri Bottas untuk wakil Mercedes di kedudukan 1-2 pada sesi kelayakan.

Ini adalah kali ketujuh buat juara dunia enam kali itu menduduki posisi utama di GP berkenaan dan kali ke-91 sepanjang kerjayanya.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen di tempat ketiga manakala wakil Ferrari di kedudukan keempat bagi perlumbaan esok itu.

Terdahulu, Bottas mengatasi Hamilton untuk Mercedes mencatat masa terpantas dalam latihan bebas terakhir.

Pemandu dari Finland yang bermula di petak hadapan pada perlumbaan tahun lalu, mengalahkan juara dunia enam kali itu dengan kelebihan 0.138 saat.

Verstappen berada di kedudukan ketiga di depan Lance Stroll dari Racing Point; pemandu McLaren, Carlos Sainz dan Leclerc.

Seorang lagi pelumba McLaren, Lando Norris berada di tempat ketujuh, mengatasi Daniel Ricciardo dari Renault, manakala Nico Hulkenberg yang menggantikan mangsa coronavirus, Sergio Perez untuk Racing Point menamatkan sesi ujian di tempat kesembilan.

- AFP

Berita Harian X