Sabtu, 3 November 2018 | 5:47pm
JADUAL Grand Prix (GP) Shell Malaysia dipinda dengan semua sesi perlumbaan bagi setiap kelas diawalkan susulan kebimbangan keadaan cuaca. - Foto NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam
JADUAL Grand Prix (GP) Shell Malaysia dipinda dengan semua sesi perlumbaan bagi setiap kelas diawalkan susulan kebimbangan keadaan cuaca. - Foto NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

Jadual GP Malaysia dipinda susulan ramalan hujan

 

SEPANG: Jadual Grand Prix (GP) Shell Malaysia dipinda dengan semua sesi perlumbaan bagi setiap kelas diawalkan susulan kebimbangan keadaan cuaca.

Perlumbaan bagi kelas Moto3 dijadual bermula pada jam 10 pagi berbanding asal 12 tengahari manakala Moto2 dianjak kepada jam 11.20 pagi esok.

Perlumbaan bagi kelas MotoGP yang disertai wakil negara dari pasukan Monster Yamaha Tech3, Hafizh Syahrin Abdullah bermula pada jam 1 tengahari berbanding 3 petang sebelumnya.

"Susulan cuaca, dengan mengambil kira selepas hujan lebat seperti sesi kelayakan (hari ini) bagi kelas perdana (MotoGP), waktu bagi perlumbaan Ahad ini (esok) dianjak lebih awal untuk setiap kelas," kata pihak penganjur di laman web rasmi mereka, motogp.com.

Berdasarkan ramalan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, daerah Sepang esok akan mengalami hujan pada sebelah pagi dan ribut petir pada petang manakala hujan di waktu malam.

Pindaan waktu GP Malaysia

Esok

Sesi pemanas badan Moto3 - 7.40-8.00 pg

Sesi pemanas badan Moto2 - 8.10-8.30 pg

Sesi pemanas badan MotoGP - 8.40-9.00 pg

Perlumbaan Moto3 - 10.00 pg

Moto2 - 11.20 pg

MotoGP - 1.00 tgh hari 

Berita Harian X