Sabtu, 8 September 2018 | 9:40am
Andrea Dovizioso beraksi dalam sesi latihan bebas Grand Prix (GP), San Marino. - Foto AFP
Andrea Dovizioso beraksi dalam sesi latihan bebas Grand Prix (GP), San Marino. - Foto AFP

Dovizioso terpantas di San Marino

PARIS: Pelumba tempatan, Andrea Dovizioso mencatat masa terpantas di kedua-dua sesi latihan bebas Grand Prix (GP), San Marino awal pagi tadi.

Pada sesi latihan bebas pertama, pelumba Ducati itu mencatat masa terpantas 1 minit 32.608 saat, 0.101 saat di depan pelumba Britain, Cal Crutchlow yang beraksi bersama LCR Honda.

Sesi kedua pula menyaksikan pelumba Itali itu lebih pantas apabila mencatat 1:32.198s, 0.160s lebih baik berbanding rakan sepasukan, Jorge Lorenzo dengan Crutchlow di kedudukan ketiga.

Pendahulu kedudukan pelumba, Marc Marquez dari Repsol Honda mencatat masa kelima terpantas, sementara Maverick Vinales (Yamaha), keenam.

Seorang lagi pelumba Yamaha, Valentino Rossi dilihat bergelut apabila hanya menamatkan sesi pertama dengan mencatat masa ke-15 terpantas.

Bagaimanapun pelumba Itali itu memperbaiki catatan masanya di sesi kedua untuk muncul pelumba kelapan terpantas.

Pada saingan Moto2, Marcel Schroetter (Kalex) mencatat masa terpantas 1:37.763s di depan dua pelumba Itali. Pendahulu saingan Moto2, Bagnaia (Kalex) hanya ketinggalan 0.092s di belakang Schroetter manakala Mattia Pasini (Kalex), ketiga terbaik.

Di saingan Moto3, pelumba Sepanyol, Jorge Martin (Honda) yang kini menduduki tangga kedua kedudukan pelumba, mencatat masa terpantas. – AFP

Berita Harian X