Ahad, 6 Mei 2018 | 6:59pm
PELUMBA Drive M7 SIC Racing Team, Adam Norrodin.
PELUMBA Drive M7 SIC Racing Team, Adam Norrodin.

Adam ke-16 GP Sepanyol

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol di tangga ke-16 di Litar Jerez, sebentar tadi.

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu bersaing sengit dengan pelumba dari Jepun, Ai Ogura bagi merebut tempat ke-15 yang menjanjikan satu mata berharga manakala rakan sepasukannya, Ayumu Sasaki membawa pulang empat mata apabila menamatkan saingan di tanga ke-12.

Adam yang memulakan perlumbaan dari petak ke-27 menamatkan 22 pusingan saingan dengan catatan 40 minit 07.145 saat dan ketinggalan 27.346s di belakang pemenang, kali ini dari pasukan Sudmetal Schedl GP Racing, Philipp Oettl.

Berikutan kemenangan diraih Oettl, pelumba dari Jerman itu kini berada di tangga kelima keseluruhan dengan 35 mata manakala Marco Bezzecchi yang berada di podium kedua di Jerez terus mengungguli carta Moto3 (63 mata).

Adam pula kekal dengan 16 mata keseluruhan dan kini berada di tangga ke-16 manakala Sasaki mempunyai kelebihan satu mata daripada rakan sepasukannya itu untuk berada di tangga ke-15.

Pusingan kelima musim 2018 dijadual berlangsung di GP Perancis pada 20 Mei ini dengan Sirkit Le Mans menjadi medan pertarungan seterusnya.

Keputusan GP Sepanyol

Perlumbaan Moto3

1. Philipp Oettl (Sudmetal Schedl GP Racing) 39:39.799s

2. Marco Bezzecchi (Redox PruestelGP) 39'39.858s

3. Marcos Ramirez (Bester Capital Dubai) 39'43.532s

4.Alonso Lopez (Estrella Galicia 0,0) 39'43.314s

5. Jaume Masia (Bester Capital Dubai) 39'43.757s

12. Ayumu Sasaki (PETRONAS Sprinta Racing) 39'44.063s

16. Adam Norrodin (PETRONAS Sprinta Racing) 40'07.145s

Berita Harian X